MH17 Iphone6

วันอังคารที่ 17 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Nuha: Bukan soal siapa ketuai siapa

Nuha: Bukan soal siapa ketuai siapa


Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, menjelaskan kempen pembebasan bapanya sebuah inisiatif bersama yang melampaui politik.Justeru, katanya, tidak timbul soal siapa ketuai siapa dalam kempen dinamakan “Berarak Demi Kebebasan” itu.“Saya rasa tidak penting siapa yang mengetuainya.“Matlamat masih lagi sama - melawan ketidakadilan, itulah bagaimana (idea) Berarak Demi Kebebasan muncul. Ia bukan soal siapa ketuai siapa.“Semua kita secara kolektif berganding bahu," kata Nurul Nuha, ibu muda kepada dua anak itu.Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Nuha berkata idea kempen menghantar poskad sokongan pada Anwar itu tercetus pada malam hari 10 Februari ketika Anwar dibawa ke penjara Sungai Buloh.Nuha kini sedang mendapatkan sokongan pelbagai pihak, termasuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO bagi melawan apa yang digelarnya “ketidakadilan” itu.[Baca berita asal]

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น