MH17 Iphone6

วันอังคารที่ 17 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

DBKL: Lesen baru atasi kes peniaga tipu

DBKL: Lesen baru atasi kes peniaga tipu


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenalkan lesen perniagaan berciri baharu yang lebih selamat untuk premis perniagaan di ibu negara bagi mengatasi kes penipuan dan pemalsuan dokumen itu.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata lesen tersebut yang mengandungi ciri-ciri keselamatan tinggi termasuk kod sekuriti, akan dikeluarkan dalam masa terdekat."Kita ada kenal pasti satu premis yang menggunakan khidmat 'orang tengah' untuk mendapatkan lesen dan akhirnya didapati lesen itu tipu kerana tidak didaftarkan langsung dengan DBKL."Inilah masalah yang kita mahu atasi dan kita akan keluarkan lesen baharu yang berbeza dengan apa yang kita keluarkan hari ini," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lesen Premis Kepada Pengusaha Hotel Bajet Di Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur hari ini.Dalam pada itu, beliau berkata DBKL memperkenalkan 'lesen bersyarat' tersebut sebagai usaha untuk memudahkan urusan pengeluaran lesen kepada pengusaha perniagaan selain meningkatkan penguatkuasaan terhadap premis mereka.Katanya, pada masa ini lesen jenis itu hanya dikeluarkan untuk permohonan baharu perniagaan hotel bajet dan ia merupakan projek perintis DBKL sebelum lesen tersebut diperkenalkan untuk sektor peniagaan lain.Katanya, lesen bersyarat merupakan lesen yang dikeluarkan untuk pengusaha yang telah mematuhi sebahagian sahaja syarat yang ditetapkan DBKL dan lesen penuh dikeluarkan untuk pengusaha yang telah mematuhi kesemua syarat."Pemegang lesen premis perniagaan perlu mematuhi syarat-syarat seperti keperluan teknikal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beberapa jabatan di DBKL," katanya.Katanya, pemegang lesen bersyarat perlu mematuhi semua syarat-syarat ini dalam tempoh enam bulan dari tarikh lesen diperoleh, jika tidak premis mereka akan ditutup.- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น