Isu DAP-PAS cuma 'keenakan politik'
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata isu pergeseran antara DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat hanya spekulasi dan hanya untuk menambahkan ‘keenakan’ politik Malaysia.
“Itu spekulasi yang tidak perlu dikomen, boleh buat (isu yang) lain.
“(Isu ini ditimbulkan) untuk tambah keenakan politik,” katanya dalam sidang media melancarkan bantuan banjir di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.
Sebuah akhbar mandarin melaporkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebagai mengingatkan DAP bahawa mereka tidak boleh menawan Putrajaya seorang diri.
Mustafa berkata demikian setelah mendapati kepimpinan parti Islam itu mendapat gambaran bahawa DAP cuba menolak keluar PAS daripada Pakatan.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น