MH17 Iphone6

วันพฤหัสบดีที่ 15 มกราคม พ.ศ. 2558

Rangkaian 'raja judi' dikesan di pelbagai negara

Rangkaian 'raja judi' dikesan di pelbagai negara


Paul Phua yang mempunyai “surat penjelasan” daripada menteri dalam negeri berhubung kesnya di Amerika Syarikat (AS) dikesan memperoleh pasport diplomatik dari Republik San Marino.

Phua dikesan memiliki pasport itu hasil hubungan rapatnya dengan seorang bekas menteri republik tersebut yang kini disiasat atas tuduhan penggubahan wang haram dan rasuah.

Phua pula kini menghadapi tuduhan menjalankan rangkaian perjudian sukan dalam talian secara haram di Las Vegas.

Phua dicekup Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di hotel Caesars Palace Las Vegas pada tahun lepas dan kini dihadapkan ke mahkamah Nevada.

Beliau dikesan memiliki pasport diplomatik berstatus 'duta bukan pemastautin' ke Montenegro sewaktu ditahan.

Namun, kerajaan San Marino melucutkan status dutanya beberapa hari kemudian.

Phua dilantik pada 1 Februari, 2011 dan pelucutan statusnya dibuat pada 16 Julai 2014.

Maklumat itu berdasarkan surat lantikan rasmi dan surat pelucutan dari kerajaan San Marino yang diperoleh Malaysiakini.

Status duta bukan pemastautin itu memberikan Paul status orang kenamaan (VIP) dan penggunaan pasport diplomatik yang dimanfaatkannya untuk mengelilingi dunia sehinggalah beliau dicekup di Las Vegas.

Ketika dihubungi Malaysiakini atas alasan mahu memeriksa pasport diplomatik haram, seorang pegawai Wisma Putra berkata “sangat mencurigakan” apabila rakyat Malaysia boleh mewakili negara lain.

Ini kerana, katanya, undang-undang Malaysia tidak membenarkan dua kenegaraan.

“Undang-undang sebut, jika rakyat Malaysia menerima pasport negara lain, pasport Malaysia yang dipegangnya secara automatik batal.

“Bagaimanapun, terpulanglah kepada budi bicara Jabatan Imigresen, yang berada bawah Kementerian Dalam Negeri,” kata pegawai itu.

AS enggan dedah status

Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat yang mendakwa kes Phua di Nevada enggan mendedahkan sama ada tertuduh memiliki dua pasport supaya tidak mengganggu kes itu.

Pejabat itu juga enggan mengulas sama ada Phua didakwa sebagai rakyat Malaysia.

Persoalan itu timbul apabila dia juga memegang pasport diplomatik San Marino ketika ditahan di Las Vegas.

“Kerajaan (AS) tidak boleh mengulas berhubung pasport yang digunakan oleh Paul Phua,” kata jurucakap pejabat peguam negara AS Natalie Collins kepada Malaysiakini melalui e-mel.

Pua kini berada dalam jaminan dan menunggu pendengaran yang dijadual pada 22 Januari.

[Baca berita asal]

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น