MH17 Iphone6

วันอาทิตย์ที่ 11 มกราคม พ.ศ. 2558

Pemuda PAS mahu jumpa penganjur k-pop

Pemuda PAS mahu jumpa penganjur k-pop


Pemuda PAS mahukan penganjur program pertemuan artis k-pop B1A4, yang menyaksikan berlakunya adegan mesra dengan gadis bertudung, tampil memberikan penjelasan.
Sayap parti Islam itu berkata, pihaknya berhubung dengan penganjur pagi ini memohon sebuah pertemuan diadakan pada esok atau lusa.

“Sungguhpun tindakan tersebut merupakan perlakuan yang bertentangan dengan budaya majoriti rakyat di negara ini, Pemuda PAS mengambil pendirian untuk berjumpa dan mendengar sendiri penjelasan serta tindakan-tindakan yang diambil penganjur sebelum dan selepas insiden tersebut berlaku,” kata exconya Hakim Mohd Nor.
Hakim yang juga pengarah akademi kepimpinan remaja Pemuda PAS berharap pertemuan itu dapat dimanfaatkan untuk berbincang dan “berkongsi kegelisahan seluruh rakyat”.
Aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki Korea Selatan di atas pentas pada Sabtu menimbulkan cemuhan masyarakat selepas videonya tersebar meluas di Internet.
Video lebih tiga minit itu menunjukkan gadis tempatan naik ke pentas sebelum berpelukan dan merelakan dicium dan dirangkul artis itu, sambil disambut sorakan penonton.
Sebagai reaksi, pengguna maya menzahirkan kritikan mereka, termasuk melalui hashtag di Twitter menggunakan perkataan #menentangkejahatankpop.
B1A4 sebuah kumpulan muzik Korea Selatan yang dianggotai lima jejaka yang membuat penampilan sulung pada 2011 dengan single berjudul OK.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น