MH17 Iphone6

วันเสาร์ที่ 10 มกราคม พ.ศ. 2558

Jenazah Tun Abdul Rahman selamat dikebumikan

Jenazah Tun Abdul Rahman selamat dikebumikan


Jenazah Tun Abdul Rahman selamat dikebumikan
Suasana menjadi hening seketika semasa imam besar Masjid Jamek Datuk Joji Suhaili membacakan talkin sehingga hampir teresak-esak sejurus selepas jenazah Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Semariang, di sini pukul 2 petang ini.
Antara yang berada di tanah perkuburan tanpa menghiraukan hujan renyai untuk majlis pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu ialah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Timbalannya Tan Sri Alfred Jabu serta beberapa menteri kanan Sarawak dan juga menteri persekutuan.
Allahyarham, 87, meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching pada kira-kira pukul 9.30 malam tadi, dan pagi ini jenazahnya dibawa ke Masjid Negeri terlebih dahulu bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
Hampir 2,000 orang membanjiri kawasan Masjid sejak pukul 10 pagi ini bagi menziarahi Allahyarham. Selain ketua menteri, antara yang turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, yang juga anak saudara Allahyarham, serta beberapa anggota barisan kabinet negeri.
Menteri Persekutuan yang kelihatan ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Cuaca yang cerah tiba-tiba hujan seketika semasa keranda diusung enam anggota tentera darat dan dua anggota tentera udara yang diterajui oleh ketua kompeni Bravo RAMD kem Semenggok Mejar Mohd Shahfuddin Ismail, keluar dari masjid untuk dibawa ke tanah perkuburan.
Semalam, kerajaan negeri meengeluarkan kenyataan membatalkan semua acara rasmi kerajaan hari ini, di samping mengarahkan supaya bendera negeri dan Persekutuan dikibarkan separuh tiang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula menerusi catatan di laman Twitter beliau lewat malam tadi merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham, dan berkata jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar.
- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น