MH17 Iphone6

วันอังคารที่ 13 มกราคม พ.ศ. 2558

'Hanya pemimpin parti boleh ada PC rasmi di HQ'

'Hanya pemimpin parti boleh ada PC rasmi di HQ'


Perubahan serta-merta sedang dilaksanakan di ibu pejabat MIC di ibunegara yang antara lain, akan menyaksikan hanya para pemimpin parti dibenarkan untuk mengadakan sidang media rasmi di sana.
Mereka yang dibenarkan untuk berbuat demikian ialah presiden MIC, timbalan presiden dan naib presiden serta setiausaha agung dan bendahari agung.
Dalam satu kenyataan semalam, setiausaha agung MIC Datuk G Kumaar Aamaan berkata semua yang lain perlu mendapat kebenaran dahulu daripada pejabatnya untuk mengadakan sidang media di ibu pejabat parti.
"Ibu pejabat MIC tidak boleh digunakan oleh mana-mana orang atau individu untuk mana-mana sidang media atau pertemuan dengan wartawan bertujuan untuk mengkritik atau membuat apa-apa kenyataan bersifat celaan atau apa jua bentuk dakwaan terhadap MIC atau mana-mana pemimpinnya," katanya.
Kumaar Aamaan berkata penggunaan premis itu bagi mesyuarat, acara, perhimpunan atau tujuan lain memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada pejabat setiausaha agung dan permohonan bertulis mesti dibuat sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal.
Situasi kecemasan dikecualikan tetapi mendapat kelulusan setiausaha agung terlebih dahulu.
Kumaar Aamaan berkata langkah-langkah keselamatan di ibu pejabat MIC akan ditingkatkan dengan sekatan tertentu dikenakan ke atas akses ke lokasi itu.
- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น